Latest News

Wednesday 15 November 2017

Satu lagi bukti Bajet Kedah 2018 adalah bajet khayalan


Dalam membentangkan Bajet Kedah 2018 tempohari, MB Kedah telah nyatakan penghargaan kerana Bajet Persekutuan 2018 telah menyediakan peruntukan RM40.0juta “bagi menaiktaraf sistem pendawaian serta prasarana Pondok dan Maahad Tahfiz yang ada diseluruh Negara.

Peruntukan ini dapat membantu Kerajaan Negeri, memperkukuhkan sistem pengajian Pondok dan Maahad Tahfiz yang merangkumi aspek pengurusan dan pembangunan dengan cadangan menambah satu lagi cawangan Maahad Tahfiz Sains Kedah yang kini beroperasi di Kulim”.

Bila saya tanya dari mana datangnya peruntukan utk menjayakan hasrat Kerajaan Kedah itu memandangkan peruntukan Kerajaan Persekutuan adalah spesifik utk pendawaian dan prasarana, Exco Pendidikan Kedah jawab bahawa itu perancangan Kerajaan Negeri. Mana mungkin rancangan tanpa peruntukan dana dimasukkan dalam Bajet Negeri?

Niat dan doa saja tanpa keupayaan utk merealisasikannya. Itulah bajet khayalan! 

Kerajaan BN Kedah memang loi!
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Satu lagi bukti Bajet Kedah 2018 adalah bajet khayalan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top