Kecelaruan penjual tiket perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah Bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendapat reaksi pelbagai pihak.
Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz turut memberikan komen beliau mengenai perkara terbabit.
"Saya tak faham kenapa masalah ini tak boleh selesai, jual tiket online apa susah sangat".
Katanya pihak pengurusan berkata tiket yang dijual adalah 10,000 tiket tapi dari apa yang dilihat ianya seakan kurang dari jumlah itu.
"Bayangkan kesian orang datang dari malam semalam, dia tidur dekat situ (stadium), beratur berjam-jam pun tak dapat tiket".
Tegasnya jika penyokong telah sanggup bersusah payah dengan tidur dan beratur panjang maknanya memang mereka mahu (bersemangat) untuk ke Shah Alam bagi melihat perlawanan tersebut.
Tambah Muhkriz, beliau ada mendapat maklumat tiket diberi kepada golongan tertentu saja untuk mengelakkan insiden 'boo' yang terjadi kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah seperti yang pernah terjadi sebelum ini.
0 comments:
Post a Comment