Latest News

Monday 15 January 2018

Ahli PPBM diminta ingati perjuangan, bukan duit - Dato Seri Shariff


Anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) digesa membuat pilihan - sama ada wang atau perjuangan - ketika mereka berdepan cabaran pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Bercakap di Penaga bekas timbalan menteri Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata penyokong BERSATU juga perlu lebih banyak bercakap mengenai perjuangan, dan bukannya hal-hal kebendaan.

"Kita bukan parti yang memberi duit kepada ahli, tapi sebaliknya parti yang minta duit ahli," katanya malam tadi.

Mohd Shariff adalah bekas pemimpin kanan Umno yang pernah diberi kepercayaan sebagai timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

Beliau juga pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno.


Kini bekas anggota parlimen Tasek Gelugor itu menyertai BERSATU dan baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi tetap parti terbabit.

Kata Mohd Shariff dalam perjuangan parti anggota dan penyokong terpaksa berkorban dengan mengeluarkan wang sendri.

"Tiap kali kita pergi mesyuarat parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, duit kita yang keluar.

"Semua orang kena bagi duit. Jadi jangan cakap pasal duit, duit, duit. Jangan tanya - mana peruntukan?

"Ini adala perjuangan yang memerlukan pengorbanan. Dan matlamat kita ialah menawan Putrajaya," katanya lagi.

Mulakan kerja sekarang

Mohd Sharif bersama beberapa pemimpin BERSATU berada di Penaga, Seberang Prai Utara malam tadi untuk melancarkan 10 cawangan baru di kawasan berkenaan.

Turut hadir Pengerusi BERSATU Pulau Pinang Marzuki Yahya.

Cawangang yang dibuka di daerah bersempadan dengan Kedah itu ialah Kota Aur, Guar Kepah, Penaga, Kuala Muda, Bakau Tua, Pasir Gebu, Sungai Tembus Tepi Laut, Bertam Perdana, Bumbung Lima, dan Bertam Putra.

Untuk rekod setakat ini difahamkan kawasan Dewan Undangan Negeri Penaga - yang terletak di bawah parlimen Tasek Gelugor akan ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH) pada PRU ke-14.


Penaga dan Tasek Gelugor kini diwakili BN.

Mengulas lanjut Mohd Shariff berkata isu pembahagian kerusi atau pemilihan calon tidak perlu dipersoalkan oleh penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya kata Mohd Shariff hal berkenaan wajar diselesaikan oleh pemimpin parti di peringkat atasan.

"Kerja kita sebagai penyokong HARAPAN ialah memenangi PRU ke-14 ini," katanya disambut sorakan kira-kira 200 orang yang memenuhi Dewan Dato' Ismail Che Chik di Bakau Tua.

Menurut Mohd Shariff anggota BERSATU mesti komited memastikan calon gabungan menang dalam PRU nanti walaupun tokoh yang dipilih itu bukan dari parti mereka.

Justeru katanya gerak kerja kempen dan pembentukan jawatankuasa kerja perlu mula beroperasi serta-merta kerana tempoh PRU semakin hampir.


Dipetik Dari Malaysiakini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ahli PPBM diminta ingati perjuangan, bukan duit - Dato Seri Shariff Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top