Latest News

Monday 26 February 2018

Mukhriz cabar BN bawa RM1.3b ke Baling


BALING - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sempat berceloteh bahawa ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Baling pada PRU14.

Ucapan pemimpin berkenaan dalam ceramah rakyat di Kampung Tas malam tadi disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 hadirin.

“Mungkin sebab ada angin-angin Tun Dr Mahathir akan bertanding di parlimen Langkawi, maka depa umum gula-gula, tapi gula-gula depa sakan. Nak tambah hospital yang nilainya RM1.3 bilion.

“Kalau macam itu, saya pun nak cadang, kita buka cerita yang sebenarnya Tun Dr Mahathir akan bertanding di parlimen Baling. Bawa mailah RM1.3 bilion di Baling. Soal jadi tak jadi (bertanding) soal kedua dan ketiga, sebab di Langkawi pun belum 'confirm' lagi,” katanya.

Mukhriz berkata, Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) sanggup melabur bagi kepentingan politik.

“Itu banyak pula duit, tapi kita sakit nak pi ambil ubat di hospital pun kena bayar, macam-macam masalah tuan- tuan,” katanya.


sinar harian 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Mukhriz cabar BN bawa RM1.3b ke Baling Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top