Latest News

Wednesday, 21 March 2018

Berita Media Najib Putar Belit Kenyataan Mukhriz




KENYATAAN YB DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR

1. Jelas dari laporan berita media Najib bahawa kenyataan saya sengaja diputar-belitkan untuk mengelirukan Rakyat dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai Kerajaan.

2. Media Najib sememangnya faham apa yang saya nyatakan adalah bahawa Pakatan Harapan (PH) akan memecat pegawai tinggi Kerajaan yang sengaja melindungi penjenayah iaitu Najib sendiri.

3. Mana-mana pegawai tinggi Kerajaan yang tidak melakukan kesalahan itu, sebaliknya bersikap profesional memikul amanah untuk sentiasa menjaga kepentingan Rakyat tentunya tidak akan dipecat walaupun PH mengambilalih Kerajaan Persekutuan.

4. Malangnya ada beberapa pihak yang terus terpedaya dengan putar-belit media Najib itu, atau sudahpun makan suapan dedak Najib mengulas kenyataan saya yang disalah laporkan itu.

5. Saya yakin pegawai Kerajaan di semua peringkat yang bersikap amanah dan bertanggungjawab selesa dengan keadaan bahawa mereka tidak akan dipecat oleh PH kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

6. Ironisnya pegawai-pegawai kerajaan yang menolak arahan untuk melindungi kesalahan Najib serta merta digugurkan jawatan, atau ditukar jawatan.

7. Saya percaya bahawa beberapa pegawai tinggi Kerajaan yang bersekongkol dengan kleptokrat Najib itu menghitung hari mereka akan digugurkan dari jawatan dan akan dihadapkan kemuka pengadilan seperti yang Rakyat harap akan dilakukan oleh PH.

Selamatkan Malaysia!

berita sebenar 

PAKATAN AKAN PECAT PEGAWAI KERAJAAN LINDUNGGI NAJIB 

TIMBALAN Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata, gabungan parti pembangkang akan memecat kesemua pegawai kerajaan yang melindungi Perdana Menteri Najib Razak.

Tindakan itu akan dibuat kerana Najib merupakan seorang “penjenayah,” kata bekas menteri besar Kedah itu dalam satu sesi dialog di Senawang, hari ini.

Katanya ia akan disenaraikan sebagai tindakan yang akan dilaksana oleh Pakatan Harapan (PH) dalam masa 30 hari selepas berjaya menawan Putrajaya.

“Kalau kami berjaya tubuhkan kerajaan dengan mandat (yang diberikan) tuan-tuan dan puan-puan, saya boleh masukkan janji dalam 30 hari, kami akan pecat kesemua pegawai tinggi kerajaan.

"Ini melampau. Kalau nak berpihak kepada ‘government of the day’ itu tak apa. Tapi mereka melampaui batas (dengan) melindungi penjenayah.

"Bagi kami (Perdana Menteri) Najib Razak itu penjenayah. Ia satu yang tak boleh diterima,” kata Mukhriz lagi kepada kumpulan anggota NGO dalam program itu.

Tegasnya, pegawai berkenaan memegang amanah untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukannya menjaga individu tertentu.

Selain itu, PH juga akan mengubah cara pelantikan jawatan utama dalam badan kerajaan supaya ditentukan oleh ahli parlimen sebelum dikemukakan untuk mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

Katanya ia termasuk pelantikan untuk jawatan ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan peguam negara.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rancangan PH untuk menangani pegawai tertinggi kerajaan selepas 30 hari memenangi pilihan raya umum 14.

Hanya Dr Mahathir layak lawan Najib

Mukhriz juga memberi jaminan bahawa Dr Mahathir yang juga bapanya itu tidak akan menjadi perdana menteri untuk tempoh lama dan hanya mengisi jawatan tersebut untuk melawan Najib.

"Tapi dia selalu sebut umur dah 92, jadi takkan lama sangat nak pegang jawatan tu," katanya.

Pada masa sama beliau mengakui bahawa banyak negara di seluruh dunia memilih pemimpin muda untuk menerajui kerajan.

Namun hanya Dr Mahathir Mohamad yang mampu menewaskan Najib dalam pilihan raya umum akan datang, tegasnya.

"Yang betul-betul boleh kalahkan Najib Razak dan (isterinya) Rosmah Mansor dan seluruh jentera Barisan Nasional (BN), tak lain tak bukan hanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang layak,” katanya.

Begitu juga jika dibandingkan dengan pemimpin lain dalam PH seperti timbalan presiden PKR Azmin Ali dan naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar, tambahnya.

"Tujuan ialah untuk peralihan, nak ambil alih nak bagi keyakinan kepada rakyat.

Kalau nama saya naik (sebagai calon PM), Azmin Ali naik, nama YB Izzah naik, kena perkenalkan lagi apa yang kita buat selama ini.

"Pengalaman (kami jika) dibanding dengan Tun jauh beza sangat – langit dan bumi," katanya.

"Jadi payah. Lebih memudaratkan PH kalau orang baru nak jinak dalam politik, kita tonjolkan sebagai calon PM, nak lawan seorang kleptokrat seperti Najib Razak. Saya rasa tak mampu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang wakil NGO mengenai pemilihan calon perdana menteri dan timbalan perdana yang lebih muda.

Wakil NGO terbabit juga mencadangkan agar beliau dinamakan sebagai calon perdana menteri dan Nurul Izzah sebagai calon timbalannya.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata timbalan pengerusi PH Dr Wan Azizah Wan Ismail juga calon timbalan perdana menteri terbaik untuk meyakinkan rakyat supaya memilih gabungan parti itu.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Berita Media Najib Putar Belit Kenyataan Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top