Latest News

Sunday 8 April 2018

‘Hey Najib...!’, bentak Mat Sabu


Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, tidak dapat menahan emosinya di hadapan kira-kira 4,000 hadirin di ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Pasir Gudang malam tadi.

Mat Sabu beremosi ekoran tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)​ membubar sementara Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sehari sebelum Najib membuat pengumuman mengenai pembubaran parlimen.

Mengimbau kembali zaman pemerintahan mantan perdana menteri ketika itu, Mat Sabu berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah membenarkan musuh politiknya menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.



Semangat 46, sebuah parti politik serpihan Umno, yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1988 selepas kekalahan beliau menentang Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno.

"Hey Najib...Tun Dr Mahathir Mohamad luluskan parti 46, luluskan parti Keadilan (PKR) untuk lawan secara demokrasi, ini kamu haramkan parti BERSATU.

"... kamu ingat dengan itu kamu boleh menang pilihanraya akan datang?", soal Mat Sabu di hadapan hadirin yang membanjiri kawasan padang awam di situ.

"Pribumi ni parti Melayu. Kamu haramkan parti Melayu. Cis!" bentak Mat Sabu dalam ucapannya itu.

ROS membuat keputusan pembubaran BERSATU akan kekal jika parti itu gagal mematuhi permintaan ROS dalam masa 30 hari.

Menurut ROS, pembubaran sementara itu ekoran BERSATU gagal menyerahkan sepenuhnya butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.



laporan Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ‘Hey Najib...!’, bentak Mat Sabu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top