Latest News

Monday 16 July 2018

Dr Mahathir kembali ke parlimen selepas 15 tahun



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba untuk menghadiri mesyuarat pertama persidangan Dewan Rakyat.

Persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat pertamanya hari ini, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu.

Sidang bakal bermula pada jam 10 pagi ini dengan pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Semalam, perdana menteri mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos akan dilantik memegang jawatan penting itu.

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah anggota Parlimen, diketuai Dr Mahathir.


Sumber Malaysia Kini
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr Mahathir kembali ke parlimen selepas 15 tahun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top