Latest News

Thursday 2 May 2019

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK MADA 2019


Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK MADA 2019 bertempat di pekarangan PPK F-II MADA Jerlun.

YAB MB, Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan menyampaikan 11 anugerah kepada petani MADA dipelbagai peringkat.

Dalam ucapan YAB MB mengucapkan Tahniah kepada pengurusan MADA kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh komitmen dan dedikasi selama ini dalam memacu dan menerajui sektor pertanian samada industri penanaman padi bahkan industri asas tani dan bukan padi di Kawasan Muda. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan sosio ekonomi peladang-peladang dan penduduk desa.

Mesyuarat Agung Tahunan ini perlu dijalankan setiap tahun sebelum 31 Julai dan pada tahun ini merupakan platform kepada peladang untuk terlibat didalam proses demokrasi bagi pemilihan wakil-wakil peladang dan Ahli-ahli Jemaah Pengarah untuk mewakili peladang serta menerajui kepimpinan PPK.

Pemilihan ini adalah penting untuk kita meletakkan pemimpin yang mampu merealisasikan hasrat dan cita-cita negara.

Secara dasarnya, mesyuarat agung merupakan medan untuk melakukan penilaian terhadap prestasi PPK. Penilaian itu termasuklah daripada aspek kepimpinan, prestasi kerja, sistem tadbir urus dan hasil yang diraih dalam tempoh setahun yang lalu. Mesyuarat agung merupakan platform untuk PPK untuk menyusun kembali strategi untuk memperkukuhkan pergerakan PPK bagi tahun berikutnya.

Ahli Jemaah Pengarah PPK adalah penentu hala tuju dan pergerakkan PPK bagi memastikan PPK menyampaikan perkhidmatan yang kompeten kepada anggota. PPK perlu digerakkan seiring dengan agenda transformasi Kerajaan dan PPK mestilah dilihat sebagai prioriti bukan kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPK MADA 2019 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top