Latest News

Tuesday 10 July 2018

Projek bandaraya getah di Padang Terap akan diteruskan



ALOR SETAR, 10 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan meneruskan Projek Bandaraya Getah atau Rubber City di Padang Terap sebagai antara usaha membangunkan lagi industri getah di negara ini, selain membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. 

Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata sehubungan itu, kementeriannya berharap dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi melihat pendekatan terbaik untuk mempercepatkan pembangunan projek berkenaan. 

"Kita bercadang untuk teruskan projek ini, itu sebab LGM (Lembaga Getah Malaysia) akan jadi juruperunding dengan pelbagai pihak...kami berpendapat projek ini dapat membantu orang Kedah dan juga industri getah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Industri Getah Kebangsaan 2018 di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menterinya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pengarah LGM Dr Zairossani Mohd Nor Persidangan tiga hari itu bermula hari ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Projek bandaraya getah di Padang Terap akan diteruskan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top