Latest News

Thursday 16 August 2018

Hargai Pengorbanan Pahlawan - Tuanku Sultan Kedah



Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam titah ucapan Istiadat perasmian pembukaan sidang undangan negeri Kedah isnin lalu mengharapkan rakyat Kedah khususnya, tidak lupa akan pengorbanan pahlawan dan pejuang yang banyak berbakti dan berjasa kepada semua. 

Baginda bertitah, "Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam operasi keselamatan di perbatasan negara, Beta amat memahami jerih perih perwira kita. Pengorbanan mereka membolehkan kita menumpukan usaha kearah membangunkan masyarakat dan negara, pascamerdeka". 

Titah Banginda lagi, "kita harus menghargai jasa serta menyanjung semangat juang mereka dalam mempertahankan kedaulatan watan". 

Kerjaya Tentera Tuanku Sultan Sallehuddin

Kerjaya tentera Tunku Sallehuddin bermula dengan menjalani latihan kadet di Akademi Ketenteraan India di Dehradun, India, dari 23 Julai 1962 sehingga 30 Jun 1963. Baginda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 23 Oktober 1963. 


Pada 12 Februari 1964, baginda ditugaskan sebagai leftenan dan ditempatkan dengan Batalion ke-2 Rejimen Melayu Diraja di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Baginda kemudian dinaikan pangkat ke pangkat Kolonel.

Sepanjang perkhidmatan, Tunku Sallehuddin telah terlibat dalam beberapa operasi keselamatan di kawasan sempadan Thailand.


MMFC News 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hargai Pengorbanan Pahlawan - Tuanku Sultan Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top