Latest News

Thursday 16 August 2018

Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Orang Awam Berkaitan Fenomena Jerebu 2018



ALOR SETAR 16 JUN – Setelah meneliti laporan index udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar bertarikh 15 Ogos 2018 jerebu mula menunjukkan peningkatan ketara berbanding sebelumnya. Walaupun masih dalam keadaan sederhana, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi meminimumkan kesan jerebu terhadap kesihatan.
Ekoran fenomena jerebu ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kedah sentiasa komited dalam usaha memantau bacaan IPU terkini supaya dapat memastikan keselamatan orang awam sentiasa terjaga dan diberi keutamaan. Pemantauan akan sentiasa dibuat dari semasa ke semasa dengan bilik gerak APM bersama JAS.
Pada 15 Jun, IPU terkini menunjukkan bacaan IPU sebanyak 88 di stesyen Alor Setar dan 73 di stesyen Sungai Petani. Walaupun belum menghampiri ke paras bahaya iaitu 100, namun orang awam diingatkan agar mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kesan buruk terhadap kesihatan.
Jerebu pada masa sama boleh menyebabkan anda mengadapi kesan seperti berikut:
• Sakit mata
• Selsema
• Batuk
• Asma
• Sakit tekak
• Sakit jantung
• Radang paru-paru
• Masalah saluran pernafasan kronik

1. Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, dan sentiasa berada dalam bagunan, serta harus sentiasa memakai penutup muka, mukun, hidung yang sesuai jenis P100 ataupun N95 jika perlu untuk keluar rumah.
2. Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih dan bebas dari sebarang pencemaran asap rokok mahupun pencemaran seperti asap kebakaran.
3. Sentiasa mengamalkan etika kebersihan dengan mencuci tangan secara sempurna dan muka apabila keluar dari rumah.
4. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
5. Gunakan mod pendingin hawa, udara kitaran dalam apabila memandu untuk mengelakkan udara luar masuk ke dalam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Orang Awam Berkaitan Fenomena Jerebu 2018 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top