Latest News

Monday 12 November 2018

Tok Puan Norzieta rasmi Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Kubang Pasu



YANG AMAT BERBAHAGIA
TOK PUAN NORZIETA BINTI ZAKARIA
DI KONVOKESYEN TABIKA KEMAS
PARLIMEN KUBANG PASU

PADA

12 NOVEMBER 2018

Assalamualaikum wbt, Salam Kedah Serata-rata dan Selamat Pagi
(Salutasi)


1. Syukur ke hadrat Allah Swt kerana dengan limpah Rahmat dan keizinan-Nya dapat kita bersama-sama meraikan anak-anak tabika Kemas pada majlis konvokesyen mereka pada hari ini.

2. Saya amat gembira melihat anak-anak tabika yang hadir ceria pada pagi ini diiringi oleh para waris bagi meraikan kejayaan anak-anak di alam awal persekolahan mereka.

3. Ibarat ‘Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya’, pembelajaran awal persekolahan amat penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang pada masa hadapan.

4. Pendekatan pembelajaran dalam kelas yang ceria dapat membantu anak-anak untuk mudah memahami setiap ilmu yang diajar oleh guru.

5. Syabas kepada Tabika Kemas serta para pendidik semua kerana telah berjaya memainkan peranan dalam mendidik anak-anak pewaris negara ditempoh usia yang muda ini.

6. Pendekatan yang lebih holistik yang diterapkan oleh Tabika Kemas membantu mengimbangi pengetahuan agama dan juga sekular kepada anak-anak.

Para pelajar, ibu bapa dan guru-guru sekalian.

7. Anak-anak adalah ibarat kain putih yang boleh dicorak mengikut acuan dan panduan dari kita.

8. Oleh itu, berilah pengetahuan yang baik dan bermanfaat agar dapat membantu mereka menghadapi cabaran masa depan.

9. Di zaman moden berteknologi tinggi ini dimana computer, handphone dan ipad merupakan satu alat keperluan, sudah tentu akses tersebut mudah untuk dinikmati oleh anak-anak kita.

10. Saya menyeru semua ibu bapa untuk memantau serta mengawal akses tersebut supaya ia tidak memudaratkan anak-anak kita.

11. Zaman kanak-kanak sepatutnya diisi dengan perkara yang berfaedah penuh keceriaan sebagai memori yang indah pada masa hadapan.

12. Frasa ‘Badan Cergas Minda Cerdas’ sebenarnya cerminan kehidupan yang sepatutnya di lalui oleh anak-anak ketika membesar.

13. Luangkan masa melakukan aktiviti luar yang sihat bersama keluarga dan juga rakan sebaya sambil menghirup udara segar.

Anak-anak tabika sekalian,

14. Tahun hadapan anak-anak semua akan memulakan alam baru persekolahan di sekolah rendah. Cabaran sebenar alam persekolahan akan bermula pada tahun hadapan.

15. Saya doakan anak-anak semua dapat menghadapi cabaran itu dengan lebih baik beserta bantuan serta sokongan ibu bapa dan para guru-guru sekalian.

16. Sebelum mengakhiri ucapan saya ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kemas Negeri Kedah yang menjemput saya ke Majlis Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Kubang Pasu pada hari ini.

18. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua anak-anak pelajar dan Selamat Maju Jaya dalam menempoh alam persekolahan yang akan datang.

19. Sekian, Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tok Puan Norzieta rasmi Konvokesyen Tabika Kemas Parlimen Kubang Pasu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top