Latest News

Sunday 16 December 2018

Projek bina Hospital Pendang sudah bermula



PENDANG - Pembinaan Hospital Pendang yang penuh kontroversi kini sudah mula dijalankan sejak seminggu lalu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pihaknya menggunakan kontraktor yang sama seperti diumumkan kerajaan lama sebelum ini.

“Kos pembinaan juga dikurangkan sebanyak 10 peratus daripada jumlah asal iaitu RM210,940,000. Namun, kos berkenaan tidak termasuk peruntukan untuk membina jalan dan ia memerlukan dana yang lain.

"Alhamdulillah projek yang penuh kontroversi ini akhirnya bermula juga pembinaannya dan diharap ia akan berjalan dengan lancar," katanya.

Menurutnya, hospital berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan 17 hektar akan mula beroperasi dengan jumlah 126 katil.

Tapak hospital berkenaan yang terletak di Kampung Banggol Pauh dijangka siap sepenuhnya pada November 2021, namun berikutan perubahan kerajaan, pembinaan hospital berkenaan terpaksa ditangguhkan


Laporan Sinar Harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Projek bina Hospital Pendang sudah bermula Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top