Latest News

Monday 25 March 2019

6 Bidang Utama Cenderung Kepada Rasuah




Kerajaan mengambil serius isu-isu berkaitan rasuah kerana Pelan Antirasuah Nasional merupakan dasar antirasuah yang akan membentuk budaya dan sistem yang berteraskan governans dan integriti.

Pelan ini telah menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan 6 bidang yang dikenal pasti sebagai bidang utama yang cenderung kepada rasuah.

Bidang-bidang tersebut adalah

1. Perolehan awam
2. Penguatkuasaan undang-undang
3. Tadbir Urus Politik
4. Tadbir Urus Korporat
5. Pentadbiran Sektor Awam dan
6. Perundangan dan Kehakiman.

Untuk itu, kita menekankan 6 strategi untuk 6 bidang keutamaan ini iaitu
a) Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam perolehan kerajaan
b) Menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-undang
c) Memperkukuh akauntabiliti dan integriti politik;
d) Memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat;
e) Memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan
f) Mempertingkatkan kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 Bidang Utama Cenderung Kepada Rasuah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top