Latest News

Monday 25 March 2019

Pelan Anti Rasuah Nasional - Tun M


Hari ini YAB Perdana Menteri; Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyampaikan amanatnya kepada semua Penjawat Awam Negeri Kedah. Dalam ucapan, beliau memberitahu bahawa telah melancarkan Pelan Anti Rasuah Nasional.

"Saya telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional pada 29hb Januari 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pelan ini bertujuan untuk memerangi rasuah dan sebagai peringatan serta amaran kepada semua pemimpin sekarang dan akan datang bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak menerima amalan rasuah kerana ianya satu amalan yang keji dan menjijikkan".

Kerajaan mengambil serius isu-isu berkaitan rasuah kerana Pelan Antirasuah Nasional merupakan dasar antirasuah yang akan membentuk budaya dan sistem yang berteraskan governans dan integriti.

Pelan ini telah menilai risiko rasuah di peringkat akar umbi dan 6 bidang yang dikenal pasti sebagai bidang utama yang cenderung kepada rasuah.

Bidang-bidang tersebut adalah:-
a) Perolehan awam;
b) Penguatkuasaan undang-undang;
c) Tadbir Urus Politik;
d) Tadbir Urus Korporat;
e) Pentadbiran Sektor Awam dan;
f) Perundangan dan Kehakiman.

Untuk itu, 6 strategi untuk 6 bidang keutamaan ini diberi penekanan iaitu;
a) Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan dalam perolehan kerajaan;
b) Menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan undang-undang;
c) Memperkukuh akauntabiliti dan integriti politik;
d) Memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat;
e) Memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan dan;
f) Mempertingkatkan kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman.

"Kesemua inisiatif ini tidak boleh dilaksanakan oleh saya seorang diri, atau oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) dan bukan juga menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun Institut Integriti Malaysia (IIM) sahaja. Ianya menjadi tanggungjawab semua pihak. Daripada Perdana Menteri sehinggalah kepada penjawat awam seluruhnya."

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pelan Anti Rasuah Nasional - Tun M Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top