Latest News

Friday 5 April 2019

Program Bakti Siswa - Jelajah Inasis Sime Darby di Jerlun


4 April 2019 - YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan Program Bakti Siswa - Jelajah Inasis Sime Darby di Jerlun yang bermula dari 4 hingga 6 April 2019 bertempat di Kampung Bukit Hantu, Kodiang Kedah.

Program ini dianjurkan oleh Inasis Sime Darby, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun, Pusat Peduli Rakyat Kota Seputeh dan MPKK tempatan.

Pelbagai acara telah diatur sepanjang program ini antaranya Solat Hajat Perdana dan Diskusi Ilmiah yang diadakan malam ini di Surau Kampung Bukit Hantu.

Turut hadir, YB Dr Salmee Said, Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga ADUN Kota Siputeh.

Dalam ucapan perasmian, YAB Dato' Seri Mukhriz berkata, Program Bakti Siswa seperti ini dapat mengeratkan silatulrahim antara mahasiswa dan masyarakat kampung.

Jelasnya lagi, mahasiswa yang tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam ini dapat mengetahui dengan lebih dekat apa yang dirasai oleh masyarakat kampung di negeri Kedah yang segelintirnya menjalani kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.

Beliau juga mencadangkan agar mahasiswa dalam program ini membuat kertas cadangan penambahbaikan kepada kerajaan negeri mengenai masalah yang ada untuk diambil perhatian oleh kerajaan negeri.

Dato' Seri Mukhriz juga mengingatkan para mahasiswa dan hadirin mengenai soal intergriti seiring dengan ucapan YAB Perdana Menteri yang telah memberi amanat khas kepada kakitangan awam negeri Kedah minggu lalu. Malah masjid di seluruh negeri Kedah juga menyentuh mengenai perkara intergriti ini dalam khutbah jumaat yang lepas.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Program Bakti Siswa - Jelajah Inasis Sime Darby di Jerlun Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top