Latest News

Monday 8 July 2019

PENJUALAN TIKET FINAL SHOPEE PIALA FA 2019


Pihak Pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Penjualan Tiket Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 pada jam 2:30 petang di Blok E, Wisma Darul Aman yang melibatkan pihak pengurusan KFA bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Integriti KFA dan Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kehormat KFA iaitu YB. Asmirul Anuar Aris ini adalah inisiatif awal bagi memastikan kelancaran dan menambahbaik proses jualan tiket.

Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan jualan tiket di kaunter, melancarkan urusan jualan, memberi kemudahan kepada rombongan bas/van dan lain-lain hal yang telah dikenal pasti selain bersikap lebih telus kepada seluruh penyokong Skuad Lang Merah.

Jualan oleh Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA)

1. KFA telah menerima agihan peruntukan tiket Perlawanan Akhir Shopee Piala FA 2019 oleh Malaysian Football League (MFL) sebanyak 30,000 keping tiket dewasa berharga RM50 dan 750 keping tiket kanak-kanak berumur bawah 12 tahun berharga RM5.

2. Daripada keseluruhan 30,000 keping tiket dewasa, kuota penjualan tiket KFA bagi Perlawanan Akhir Shopee Piala FA adalah seperti berikut:

i. 20,000 keping (jumlah di kaunter)
ii. 10,000 keping (Kenamaan & Pembesar Negeri, Penaja-penaja, Ahli Eksekutif, Ahli Gabungan dan Pasukan-pasukan).

3. Tarikh tempahan tiket bagi bas/van penyokong;

i. Tempoh menghantar permohonan tempahan:

a. Bermula Selasa, 9 Julai 2019 sehingga selewat-lewatnya 14 Julai 2019.
b. Waktu urusan jam 10.00 pagi sehingga 4.30 petang.
c. Syarat tempahan bas/van perlu disertakan surat permohonan , permit bas/van yang sah , resit pembayaran sewaan bas/van, lesen pemandu dan salinan mykad pemohon.
d. Permohonan yang diterima/ditolak akan dihubungi oleh KFA bermula 16 Julai 2019. Bagi permohonan yang diterima, tarikh membuat bayaran pula bermula pada 17 Julai 2019 sehingga selewat-lewatnya 18 Julai 2019, jam 3.00 petang.
e. Sila alamatkan surat permohonan kepada :

Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk KFA
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman,
Aras 1, Astaka Utama, Stadium Darul Aman, Jalan Stadium,
05100, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

4. Tarikh penjualan :

i. Jumlah tiket: 20,000 keping
ii. Hari Jualan: Selasa, 23 Julai 2019
iii. Masa Jualan: Bermula 10:30 pagi hingga tiket habis dijual
iv. Harga Tiket RM50 dewasa dan RM5 Kanak-Kanak Bawah 12 tahun
v. Maksimum 3 keping tiket bagi setiap pembelian secara individu.

----

Jualan oleh Tickethotline (dibawah kelolaan MFL)

1. Pihak KFA tidak menjual tiket secara atas talian (on-line) , namun sebanyak 18,000 keping tiket dewasa (RM50) dan 500 keping tiket kanak-kanak (RM5) akan dijual secara atas talian (on-line) dan dikendalikan oleh Tickethotline (www.tickethotline.com.my) – 4 keping setiap transaksi. Tarikh dan waktu jualan akan dimaklumkan oleh pihak Tickethotline dalam masa terdekat.

Makluman/Saranan/Penambahkaikan

1. Harga tiket yang dijual oleh KFA adalah ditetapkan pada kadar sebenar iaitu RM50 sahaja bagi tiket dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. KFA menegah perbuatan membeli tiket daripada pihak kedua yang mengenakan harga yang lebih tinggi dan pemantauan di sekitar kawasan jualan (Stadium Darulaman) akan dipertingkatkan dengan menempatkan lebih ramai penguatkuasa bagi tujuan membanteras individu-individu yang mengambil kesempatan dengan menjual tiket pada kadar yang lebih tinggi.

2. Mesyuarat juga bersetuju untuk menambah baik proses jualan dengan memaksimumkan jumlah kaunter yang ada dan menyediakan kaunter khas bas/van kepada pemohon/pembeli yang memenuhi syarat pembelian melalui rombongan bas/van dengan mengemukakan dokumen lengkap permohonan.

3. Pihak KFA memohon jasabaik keseluruhan penyokong agar memberi sepenuh kerjasama serta mempamerkan disiplin yang tinggi semasa berurusan demi keselesaan dan keselamatan tuan

Harap maklum.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: PENJUALAN TIKET FINAL SHOPEE PIALA FA 2019 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top