Latest News

Tuesday 2 January 2018

Datuk Shariff & Dato Azimi dilantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap PPBM


Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu (PPBM) yang berlangsung buat julung kali menyaksikan pemilihan bagi jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Dalam pemilihan tersebut, Ketua PPBM Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar telah dipilih sebagai pengerusi tetap manakala Ketua PPBM Bahagian Kulim Bandar Baru, Dato Azimi Daim pula dipilih sebagai timbalan pengerusi tetap.

Mohd Shariff dan Azimi tidak dicabar oleh mana-mana pihak dan mendapat sokongan penuh daripada 983 perwakilan yang hadir.

Pelantikan bagi jawatan tersebut dibuat selaras dengan fasal 12 perlembagaan Bersatu yang mengatakan bahawa perhimpunan agung tahunan hendaklah dihadiri oleh pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.

Mohd Shariff sebelum ini pernah menjadi ahli Parlimen Tasek Gelugor dan  menjawat jawatan sebagai bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 


Dato' Azimi Daim  pula pernah menjadi Adun Bandar Baharu dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan didalam Umno beliau pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2000-2003. Sewaktu Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir menjadi Menteri Besar beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik.

Pengalaman Datuk Shariff dan Dato Azimi dilihat dapat membantu PPBM untuk menjadi antara penggerak parti dan menang dalam PRU-14 nanti.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Datuk Shariff & Dato Azimi dilantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap PPBM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top