Latest News

Tuesday 2 January 2018

Laugan 'Hidup Tun' Bergema di IDCC Shah Alam



Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Pribumi Bersatu bergema dengan laungan 'hidup Tun' sewaktu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampai ucapannya kepada perwakilan.

Ketika berucap, Muhyiddin dilihat menyatakan sokongan agar pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat memainkan peranan utama dalam kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih tampuk pemeritahan negara.

Sejurus ucapannya itu, seluruh perwakilan yang hadir terus berdiri sambil mengangkat tangan dengan laungan 'hidup Tun'.

Di samping itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa Tun Mahathir mempunyai pengalaman memimpin Malaysia selama 22 tahun dan membawa negara ini ke zaman kegemilangannya.

"Kita tidak ragu-ragu bahawa Tun Mahathir bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain akan meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul,"katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Laugan 'Hidup Tun' Bergema di IDCC Shah Alam Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top