Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, permohonan pertukaran status itu hanya dibenarkan untuk membina hotel atau resort, bangunan perniagaan serta pangsapuri servis.
Menurutnya, dasar berkenaan kekal buat masa ini.
"Sejak Mei 2018 hingga kini, kita terima 13 permohonan pertukaran antara Tanah Simpanan Melayu dengan Tanah Luar Simpanan Melayu," katanya, ketika menjawab soalan Mohd Azam Abd Samat (Pas-Sungai Limau) pada Sidang Dun Kedah, hari ini.
Mukhriz berkata, bagaimanapun kesemua permohonan itu tidak boleh diambil tindakan selanjutnya kerana menunggu laporan tanah dan Permohonan Ubah Jenis dari Pentadbir Tanah Daerah, Laporan Nilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, serta Kebenaran Merancang dari Majlis Daerah.
"Permohonan itu perlu diangkat pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara serentak dengan permohonan Ubah Jenis Kegunaan Tanah,"katanya.
Menurutnya, permohonan itu melibatkan Tanah Simpanan Melayu seluas 15.32 hektar dan Tanah Luar Simpanan Melayu sebanyak 20.20 hektar.
"Permohonan untuk Tanah Simpanan Melayu adalah di Kota Setar, Langkawi dan Yan. Bagi Tanah Luar Simpanan Melayu pula di Kuala Muda, Kubang Pasu dan Pokok Sena," katanya.
Laporan Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment