Latest News

Wednesday 14 November 2018

Kesan segera menara telekomunikasi haram di Kedah #bajetkedah2019


ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mahu mempercepatkan persetujuan penggunaan sistem Communication Infrastructure Permit Management (CIPM) yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu mengelak ketirisan berkaitan menara telekomunikasi yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri (NGO) Mohd Firdaus Ahmad berkata, ini kerana rundingan untuk mengaplikasikan sistem itu tertangguh sejak tahun lepas.

"Sistem ini dapat membantu kita mengesan menara yang beroperasi secara haram dan dapat merealisasikan hasrat kita menjalankan operasi pemutihan menara yang beroperasi secara haram di negeri ini sekali gus membantu melestarikan perolehan hasil bagi kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu) yang ingin tahu hasil dan perancangan kerajaan negeri setelah tidak lagi menguruskan pembinaan infrastruktur telekomunikasi di Kedah.

Sistem berkenaan mengandungi maklumat mengenai semua menara telekomunikasi yang beroperasi dan dalam pembinaan di negeri ini.

Maklumat di dalam sistem itu diselaras dan dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan (Rekod Permit Menara), SKMM (Rekod Peralatan Pemancar) dan syarikat pembekal servis (Rekod Menara Telekomunikasi).

Ketika ini terdapat 1,149 menara telekomunikasi di seluruh negeri Kedah. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kesan segera menara telekomunikasi haram di Kedah #bajetkedah2019 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top