Latest News

Sunday 20 October 2019

#bajetkedah2020 : PROGRAM KIDA DIMANTAPKAN



AHAD (20.10.2019)

ALOR SETAR - Inisiatif peduli rakyat, Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) yang dilancarkan kerajaan negeri Kedah sejak 20 Mei lalu bakal dilengkapkan dengan pelaksanaan program 'empowerment' atau pemerkasaan kepada ahli keluarga penerimanya.


Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, program pemerkasaan itu akan memberi latihan kepada kalangan ahli keluarga pemegang kad KIDA dengan mereka akan diberi latihan mengikut bidang diminati.

"Mereka yang telah selesai menjalani proses 'profiling' akan diberi latihan dalam bidang diminati bermula November ini.

"Program ini diyakini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan usahawan muda dalam kalangan B40," katanya ketika membentangkan Bajet Kedah 2020 bertemakan 'Bajet Berhemah, Bina Kemakmuran Bersama' di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pagi tadi.




Langkah dinyatakan itu termaktub dalam fokus ketiga Bajet berkenaan iaitu bagi membina kemakmuran rakyat.

Beliau menambah, pemberian bantuan menerusi Tabung Khas Wanita yang sehingga kini telah diberikan kepada 960 wanita di 36 DUN dengan jumlah RM480,000, akan turut diteruskan pada tahun depan menerusi peruntukan sebanyak RM1 juta.

"Begitu juga dengan Tabung Penyakit Kronik bagi membantu golongan B40 yang tidak mampu menampung kos pembelian peralatan untuk rawatan di hospital.Peruntukan RM1 juta akan disediakan bagi meneruskan program tersebut dengan bilangan hospital terlibat turut ditambah iaitu Hospital Sultanah Maliha di Langkawi," katanya.

Sebelum ini hanya tiga hospital dilibatkan dengan program murni tersebut iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim dan Hospital Kulim manakala peruntukan diperuntukkan cuma RM500,000.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #bajetkedah2020 : PROGRAM KIDA DIMANTAPKAN Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top