Latest News

Sunday 20 October 2019

((( LIVE ))) MB Kedah lawat kawasan dilanda ribut di Pida 4 Deli, Ayer Hitam, Jerlun.


Ahad | 20 Oktober 2019

Kira-kira 20 buah rumah rosak teruk dalam kejadian puting beliung yang melanda tiga buah kampung di Mukim Jeram, Tunjang di Jitra, Kedah petang ini.

Kampung tersebut ialah Kampung Pida 4 Deli, Kampung Permatang Keriang dan Kampung Gurindam

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Utama Hj. Mukhriz Tun Mahathir bergegas meninjau lokasi bencana dan menyampaikan bantuan awal kepada mangsa yang terjejas.

"Selepas ini akan ada bantuan susulan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya minta pihak terbabit datang buat bancian untuk menentukan jumlah kerosakan untuk kerja membaiki rumah," katanya.





  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: ((( LIVE ))) MB Kedah lawat kawasan dilanda ribut di Pida 4 Deli, Ayer Hitam, Jerlun. Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top