Latest News

Friday 21 November 2014

Adu Jika Khatib Baca Khutbah Tanpa Ikut Teks #KedahSerataRata


ALOR SETAR - Orang ramai diminta membuat aduan jika khatib membaca khutbah Jumaat tidak mengikut teks Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, aduan boleh dibuat secara terus kepadanya atau pengarah Jaik serta kadi di kawasan mereka.

Menurutnya, pemantauan berhubung teks khutbah Jumaat akan dilakukan secara berterusan untuk mengelakkan penyalahgunaan penyampaian kandungannya .

“Setakat ini, laporan mengenainya berkurangan kerana kita sudah panggil pihak penyelarasan masjid untuk memberi nasihat supaya mematuhi arahan
Jaik,” katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2015, sidang Dun Kedah, di sini, semalam.

Mohd Rawi berkata, masalah sosial di kawasan kampung atau qariah juga dapat dikurangkan jika institusi masjid dapat memainkan peranan.

“Jawatankuasa masjid perlu dilengkapkan dengan biro wanita dan dakwah untuk memantau keperluan masyarakat setempat khususnya ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Adu Jika Khatib Baca Khutbah Tanpa Ikut Teks #KedahSerataRata Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top