Latest News

Saturday, 29 November 2014

Graha Karsa Bangunkan loji Solar Di Sik Kedah @MukhrizMahathir



Sebuah syarikat bumiputera, Graha Karsa Sdn. Bhd. (Graha Karsa) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat peneraju tenaga solar dari Korea, Kaco New Energy Inc. bagi membangunkan sebuah loji solar di Sik, Kedah.

Perjanjian tersebut dimeterai hari ini antara Graha Karsa yang diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Dr. Mansur Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kaco New Energy Inc., Dr. Paul Kim.

Mansur berkata, Kaco akan melabur sebanyak RM678 juta bagi menjayakan projek tersebut yang menjanjikan limpahan ekonomi bukan sahaja kepada penduduk Sik tetapi juga Kedah.

“Langkah seterusnya adalah kita akan merangka pelan berkaitan dengan kerjasama Kaco antaranya untuk membina loji solar yang dengan kapasiti 100 megawat (mw) bukan sahaja membekalkan tenaga itu kepada penduduk Kedah malah luar negeri ini.

“Fasa pertama dijangka mengambil masa 18 bulan sebelum dimulakan pembangunan loji tersebut di Sik seperti pengambilan tanah dan pembinaan kilang.

“Projek ini dijangka siap dalam tempoh dua hingga tahun akan datang,’’katanya ketika ditemui selepas menandatangani MoU tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Penasihat Korporat Graha Karsa. Andrew Lee.

Menurut Mansur, selain membina loji solar tersebut Kaco juga berminat untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk solar yang mesra pengguna bersesuaian dengan cuaca negara ini.

“Objektif kerjasama membangunkan projek ini di Sik adalah untuk menyokong saranan kerajaan bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan penduduk di negara ini.

“Kita berharap projek ini dapat memanfaatkan semua penduduk,’’ katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Graha Karsa Bangunkan loji Solar Di Sik Kedah @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top