Latest News

Thursday 27 November 2014

Program ' Apa Habaq KULN ' MB Kedah Bersama Mahasiswa Luar Negara Meriah #KedahSerataRata



Semalam berlangsung program ' Apa habaq KULN ' ( Kelab Umno Luar Negara ) bersama YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir di NZ Curry House KLCC.

Dalam majlis ini YAB Dato' Seri Mukhriz bersembang dan memberi kata-kata semangat kepada adik-adik mahasiswa luar negara dan lebih manisnya bagi adik-adik ini adalah mereka dapat berinteraksi secara terus dengan Dato' Seri Mukhriz tanpa ada sebarang sekatan tanpa protokol.

Majlis anjuran Pemuda Umno Kedah ini di ketuai oleh Ketua Pemuda Kedah iaitu Dato Shaiful Hazizy . Hampir 80 orang terdiri daripada mahasiswa luar negara , turut hadir dalam program ini adalah ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian Negeri Kedah yang datang memberi sokongan kepada majlis ini.

Mereka berada di Kuala Lumpur semperna Perhimpunan Agung Umno 2014 di PTWC , turut kelihatan dalam Majlis ini adalah YB Exco Kerajaan Negeri Kedah , YB Mohd Rawi dan YB Datin Norsabrina.



Penulis melihat program seperti ini dapat mendekatkan lagi jurang antara mahasiswa luar negara dengan pemimpin tempatan , mahasiswa dapat meluahkan rasa hati ataupun dapat mendengar sendiri isu-isu serta rancangan kerajaan terhadap negeri mahupun negara.

Di akhir majlis ini , mahasiswa dan para hadirin yang datang telah menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Dato' Seri Mukhriz yang telah menyambut hari lahir yang ke 50 pada 25 November lalu. 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Program ' Apa Habaq KULN ' MB Kedah Bersama Mahasiswa Luar Negara Meriah #KedahSerataRata Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top