Latest News

Monday 29 December 2014

Banjir Di Kedah Bukan DiSebabkan Empangan - Datuk Othman Aziz



Alor Setar -Banjir di beberapa kawasan di Kedah baru-baru ini bukan berpunca dari tiga empangan utama iaitu Ahning, Pedu dan Muda tetapi berpunca dariada lembangan sungai yang melimpah akibat air hujan. 


Menurut Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz , pihaknya mengambil langkah proaktif dengan membuka pintu air secara berkala bagi mengelakkan lembangan sungai melimpah sehingga menyebabkan banjir di kawasan lembangan sungai.

Kapasiti air di tiga empangan Pedu (93.87meter), Ahning (119.48 meter) masih berada dalam keadaan terkawal bagaimanapun Muda mengalami sedikit limpahan apabila air mencatat ke paras 101.19 meter daripada kemampuan sebenar 100.58 meter sekali gus menyebabkan lembangan sungai di bawah melimpah dan berlakunya banjir di beberapa kawasan di Padang Terap.

“Air di kawasan utara Kedah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar dan lain-lain masih berada dalam keadaan terkawal kerana pintu air telah dibuka di Sungai Arau, Lana Bulu dan lain-lain sejak dua minggu yang lalu apabila mendapat ramalan hujan lebat.

“Kita masih boleh menampung air hujan yang turun sekiranya hujan tidak turun secara luar biasa, kerana penggunaan empangan kita rata-rata sebanyak 81 peratus sahaja,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Banjir Di Kedah Bukan DiSebabkan Empangan - Datuk Othman Aziz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top