Latest News

Monday 29 December 2014

UMNO Kedah Kutip Bantuan ke Pantai Timur!



ALOR SETAR:  Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah telah mengambil initiasif mengadakan kutipan barangan bantuan untuk mangsa banjir.

  Keputusan mengadakan kutipan sumbangan barangan bantuan untuk mangsa banjir ini diputuskan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Dato' Othman Hj Aziz dan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato' Paduka Hj. Md Rozai Shafian baru-baru ini.

  Proses pengumpulan barang-barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir yang bermula hari ini (29 Dis) akan dilakukan di semua 15 pejabat UMNO Bahagian di negeri Kedah, sebelum dikumpulkan di pusat pengumpulan peringkat negeri yang akan dibuka di Dewan Seri Mentaloon, disini bagi urusan pengagihan.

  Pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah turut membuka bilik gerakan bagi program pengumpulan barangan bantuan mangsa banjir di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah di talian 047315610/047331819 atau di Pejabat UMNO Bahagian yang berhampiran mereka.

 Sumbangan yang diperlukan termasuklah air bersih, makanan kering, keperluan penjagaan diri, lampin bayi dan dewasa serta selimut.


Disediakan oleh:

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Kedah
En. Haris Bin Che Mat
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: UMNO Kedah Kutip Bantuan ke Pantai Timur! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top