Latest News

Wednesday 17 December 2014

Dua Mayat Warga Asing Ditemui Di Tanah Perkuburan



Dua mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui penduduk di tanah perkuburan Cina yang terletak bersebelahan Taman Kijang, Lunas semalam. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Polis mendapati mayat-mayat tersebut dibungkus dengan kain pelekat dan diletakkan pada jarak 100 hingga 150 meter antara satu sama lain.

"Kita yakin mayat meninggal di satu lokasi lain dan telah dibawa ke kawasan tanah perkuburan ini untuk ditanam," katanya kepada pemberita selepas memeriksa kedua-dua mayat di tanah perkuburan itu.

Namun beliau berkata pada kedua-dua mayat tidak terdapat sebarang kesan cedera akibat lebam atau tusukan senjata tajam.

Abdullah berkata, satu daripada mayat dipercayai telah meninggal dalam jangka masa 48 jam manakala satu lagi kira-kira 12 jam lalu.

Beliau berkata polis kini masih menunggu laporan forensik bagi membantu siasatan untuk menentukan sama ada mereka dibunuh atau mati biasa.

Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat mengenai orang hilang atau sebagainya boleh menghubungi talian 04-4916999 atau mana-mana balai polis. - Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dua Mayat Warga Asing Ditemui Di Tanah Perkuburan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top