Hutan Lipur Sungai Sedim berada dalam Hutan Simpan Gunung Inas merupakan jenis hutan dipterokarp pamah. Hutan Lipur ini dikenali sebagai tempat rekreasi Di Raja Kedah.
Sungai Sedim yang mengalir sepanjang 15km yang berarus deras dan mempunyai beberapa buah jeram sesuai untuk aktiviti berkayak. Disini juga tempat berlangsungnya pertandingan kayak arus deras peringkat antarabangsa.
Antara aktiviti yang unik ialah mendaki gunung melalui denai hutan ke Gunung Inas, Gunung Bintang Utara, Gunung Bintang dan Banjaran Bintang.
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti melalui titian silara sejauh 928 meter, mandi-manda, berkelah, berkhemah, treking, bersiar-siar, berkayak, mendaki gunung dan berkemungkinan dapat memerhati hidupan liar.
Cuma diingatkan, bila hari hujan, anda tidak dibenarkan menghampiri sungai, kerana kemungkinan besar 'kepala air' akan turun dengan derasnya.
Namun bagi peminat air terjun, Sedim merupakan destinasi yang dijaga, bersih dan jauh dari jangkitan virus kencing tikus seperti mana tempat lain.
0 comments:
Post a Comment