Latest News

Thursday 18 December 2014

Kerajaan Kedah Terus Bantu Penoreh Getah


Disidang media mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berkata,

"Kerajaan Negeri Kedah mengalu-alukan pengumuman dari Datuk Shafie Apdal mengenai bantuan untuk meringankan beban pada penoreh getah".

Malah kini, Kerajaan Kedah sendiri sedang memberi bantuan makanan asas kepada penoreh getah yang memerlukan.

Kerajaan Kedah juga telah memulakan inisiatif bagi membantu mengurangkan  bebanan penoreh getah di negeri Kedah.

Setakat ini Kerajaan Kedah sudah mengedarkan bantuan asas kepada 3900 keluarga dari 6000 keluarga dalam senarai bantuan.

Jenis bantuan yang disalurkan ialah beras, minyak masak, kopi, gula dan barang yang asas lain. Dijangka bantuan itu akan selesai disalurkan sebelum akhir tahun ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Terus Bantu Penoreh Getah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top