Latest News

Thursday 11 December 2014

Kerajaan Vietnam Beri Jaminan Keselamatan Penyokong Harimau Malaya



Kerajaan Vietnam memberi jaminan keselamatan penyokong Malaysia pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium My Dinh, Hanoi, esok.

Duta Besar Vietnam ke Malaysia Pham Cao Phong berkata penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan walaupun insiden kekacauan berlaku pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam pada 7 Dis, dikesalkan.

"Apa yang berlaku di Stadium Shah Alam dikesalkan dan kami amat sedih melihat rakyat Vietnam diserang...Tetapi kami ada menerima panggilan telefon daripada Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan)...Kami bercakap mengenai hal itu.

"Kami jamin bahawa bila penyokong Malaysia datang ke Vietnam, mereka dialu-alukan.

"Vietnam adalah negara ramah mesra, sedangkan Malaysia amat rapat dengan kami...jiran dan 'saudara' dalam keluarga Asean," katanya kepada Bernama pada majlis meraikan permulaan tugas Duta Vietnam ke Malaysia, di sini hari ini.

Phong diminta mengulas mengenai kejadian baru-baru ini di mana penyokong Vietnam diserang penyokong Malaysia, semasa perlawanan Malaysia menentang Vietnam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Vietnam Beri Jaminan Keselamatan Penyokong Harimau Malaya Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top