Latest News

Thursday, 11 December 2014

Kenali Kedah : Muzium Negeri Kedah Penuh Dengan Sejarah



Sejarah penubuhan Muzium Negeri Kedah bermula pada 3 Februari 1957 dengan dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah. 

Muzium yang bertempat di tingkat bawah Balai Besar, Alor Setar telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Tunku Ismail Bin Tunku Yahya, Menteri Besar Kedah. Pertambahan jumlah koleksi menyebabkan Muzium ini di pindahkan ke bangunan sendiri (bersebelahan bangunan baru muzium) di Lebuhraya Darul Aman, Bakar Bata pada 30 Disember 1961. 

Pada Julai 1964 Muzium Sejarah Kedah telah bertukar nama kepada Muzium Negeri Kedah.

Memandangkan sambutan baik dari orang ramai, Kerajaan Negeri telah bersetuju membina bangunan yang ada sekarang pada tahun 1997. 

Bangunan ini menempatkan dewan pameran, bengkel, perpustakaan dan mini theatrette. Selain dari itu kemudahannya turut dpertingkatkan dengan menyediakan lif, kafeteria, tempat letak kereta dan tandas awam.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kenali Kedah : Muzium Negeri Kedah Penuh Dengan Sejarah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top