.jpg)
Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot.
"Kerajaan negeri tidak mahu membangunkan kawasan ini secara ad-hoc yang kemudiannya mengakibatkan kita tidak mengoptimumkan potensi yang ada di Tasik Pedu.
"Ini mungkin akan menjejaskan keistimewaan alam di Tasik Pedu yang merupakan satu aset berharga untuk negeri ini," katanya
Menurut beliau banyak pihak menunjukkan minat untuk membangunkan kawasan Tasik Pedu jika kerajaan negeri bersiap sedia untuk memberi laluan kepada mereka.
"Kita tidak mahu gelojoh dalam membangunkan Tasik Pedu, disebabkan itu kita buat satu pelan induk pelancongan terlebih dahulu sebelum benarkan mana-mana pihak bangunkan.
"Saya rasa aktiviti ekopelancongan sesuai dijalankan di Tasik Pedu kerana di situ ada tasik garam yang menjadi tumpuan haiwan liar seperti gajah. Kerajaan negeri akan pastikan pembangunan di situ tidak akan merosakkan semua ini," jelasnya.
Tegas beliau, pembangunan pelancongan di Tasik Pedu juga tidak akan melibatkan sebarang aktiviti pembalakan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan air.
0 comments:
Post a Comment