Latest News

Wednesday 3 December 2014

Misteri Gunung Jerai? #Kedah


Gunung Jerai merupakan antara gunung yang tertinggi di Malaysia. Kewujudan Gunung yang tinggi ini juga amat ganjir kerana ianya jauh dari banjaran dan hanya muncul sebuah di kawasan tanah lapang.

Simpan khazanah purba

Banyak kesan sejarah di Gunung Jerai, antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh orang yang bertanggung jawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.

Sebut sahaja jelapang padi negara, pasti ramai yang tahu ia adalah negeri Kedah Darulaman. Selain itu, negeri di utara semenanjung Malaysia ini turut memiliki banyak tarikan pelancongan lain seperti pantai, kesan sejarah dan gunung-ganang.

Gunung Jerai setinggi 1,217 meter adalah lambang kemegahan negeri Kedah. Melihat dari jauh, ia seolah-olah raksasa yang mengawal keseluruhan negeri itu.

Dengan suhu di antara 19 hingga 24 darjah celcius, ia adalah kawasan tarikan pelancong terutama mereka yang ingin bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.

Dengan suhu sedemikian, ia amat sesuai untuk aktiviti rekreasi di kawasan puncak termasuk treking dan berbasikal.

Pada abad ke-4 hingga 13, Gunung Jerai digunakan pedagang Parsi, Arab, Cina dan India sebagai panduan berdagang di Kedah.

Banyak kesan sejarah di gunung itu, antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh iaitu orang yang bertanggung jawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.

Jika ke Gunung Jerai, anda boleh menyaksikan bongkah batu besar yang menyerupai sebuah kapal.

Mengikut sejarah batu itu berasal dari kapal Maharaja Merong Mahawangsa yang disumpah Sang Kelembai ketika berlabuh di Pulau Jerai yang juga nama asal gunung berkenaan.

Menyedari kepentingan gunung itu kepada sektor pelancongan, kerajaan negeri membangunkan kemudahan penginapan yang mengandungi 13 chalet, restoran, dewan, masjid dan tapak perkhemahan.

Banyak kawasan air terjun di Gunung Jerai untuk mandi-manda. Selain itu, Muzium Perhutanan boleh dikunjungi untuk melihat khazanah hutan.

Jika anda berminat dengan flora dan fauna, pelbagai spesies hidupan boleh ditemui seperti orkid, serangga akuatik, rama-rama, katak, burung, periuk kera dan tumbuhan herba.

Gunung Jerai juga menyimpan khazanah geologi malah formasi gunung itu dikatakan sama dengan Gunung Matchicang yang berusia 300 juta tahun.

Bahan-bahan geologi yang menarik termasuk batu-batan berwarna warni, garnit, garnet dan monazit.

Kedudukan Gunung Jerai yang dekat dengan laut menyediakan kawasan pemandangan tanah tinggi yang menakjubkan.

Dari puncak gunung, saujana mata memandang, anda boleh melihat sawah padi yang terbentang luas. Ketika musim menuai, hamparan itu seperti permaidani emas.

Terdapat kemudahan asas di puncaknya seperti wakaf, tandas, laluan pejalan kaki dan kawasan rekreasi, antaranya di Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar.

Di Tangga Kenari 1,000 Tahun, pengunjung boleh mendaki anak tangga dan trek hutan ke puncak melalui daerah Yan.

Trek Jejak Warisan bermula dari Muzium Arkeologi Lembah Bujang memberi peluang kepada pengunjung menikmati persekitaran alam semula jadi sepanjang laluan itu.

Jika ke Gunung Jerai, banyak aktiviti boleh dilakukan seperti treking, mendaki gunung, perkelahan, perkhemahan dan kursus bina semangat.

Kawasan ini juga sesuai untuk melihat burung, serangga dan fauna bagi pencinta alam semula jadi.

Bagaimana Ke Sini

- Jika anda dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang menghala ke Alor Star dan susur di tol Gurun. Dari pekan Gurun, jarak ke kaki Gunung Jerai kira-kira lima kilometer.

- Jarak dari kaki bukit ke puncak Gunung Jerai ialah kira-kira 13 kilometer dan anda boleh menggunakan kenderaan atau motosikal.

- Kemudahan pengangkutan seperti van turut disediakan dengan bayaran RM60.

- Di kawasan kaki gunung, terdapat kemudahan tempat letak kereta, bas, surau, tandas dan pusat penerangan.

Gunung Jerai, Mercu Tanda Daerah Yan

Daerah Yan telah dibuka secara rasmi pada tshin 1904 bersamaan 1324H dan salah sebuah daripada sebelas buah daerah yang terdapat di negeri Kedah. Ianya bersempadan dengan daerah yang terdapat di Negeri Kedah.Ianya bersempadan dengan Daerah Kota Star, Pendang dan Kuala Muda.

Keseluruhan Daerah Yan mencatatkan keluasan seluas 95.01 batu persegi bersamaan 246.07 km persegi. Terdapat lima mukim di Daerah Yan iaitu Mukim Yan, Mukim Sala Besar, Mukim Sungai Daun, Mukin Dulang dan Mukim Singkir.

Peranginan Gunung Jerai

Hutan Lipur ini agak istimewa keranan kewujudannya terletak di Gunung Jerai dan merupakan destinasi pelancongan tanah tinggi yang utama di mana disenaraikan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Negara sebagai tempat untuk pendakian.

Berhampiran dengan kawasan peranginan ini terdapat tempat-tempat yang mempunyai mitos dan catatan sejarah seperti Perigi Tok Sheikh, Sejadah Tok Sheikh dan Batu Kapal. Disini juga terdapat denai hutan yang menghubungi ke kawasan Gunung Jerai Resort di puncak gunung dan denai menuju ke Rekreasi Titi Hayun.

Di pintu masuk utama pula terletak sebuah Muzium Perhutanan Negeri Kedah yang mempamerkan pelbagai khazanah dan maklumat perhutanan.

sumber GunungJerai.com
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

Item Reviewed: Misteri Gunung Jerai? #Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top