Latest News

Sunday 28 December 2014

Najib: Malaysia Sedia Bantu Indonesia Insiden Kehilangan Pesawat Airasia Indonesia




KUALA LIPIS, 28 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini.

Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini ialah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas.

"Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut.

"Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu," katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan.

Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Najib: Malaysia Sedia Bantu Indonesia Insiden Kehilangan Pesawat Airasia Indonesia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top