Latest News

Sunday 28 December 2014

Terkini : Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur #PrayForQZ8510


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Terkini : Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di Laut Belitung Timur #PrayForQZ8510 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top