Latest News

Friday 12 December 2014

MB Kedah Rasmi Aeon Big #AlorSetar #Kedah


Alor Setar - YAB Dato'Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah hari ini telah merasmikan pembukaan Stor AEON BIG Alor Star.

Bangunan yang berkeluasan 9,144 m2 itu bukan sahaja menempatkan pasaraya besar AEON BIG, malah ia menawarkan konsep satu pusat hentian membeli-belah dengan lebih 55 buah lot kedai yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada AEON BIG kerana membina pasaraya ini di Alor Setar, ia bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri Kedah malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.

AEON BIG ialah sebuah syarikat di dalam kumpulan AEON yang ditubuhkan sebagai Jusco di Jepun dalam tahun 1970.

Sementara itu, Pengerusi AEON BIG, Encik Nagahisa Oyama berkata, hasil dari "Dasar Pandang ke Timur" yang di perkenalkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1982, telah mengeratkan perniagaan dan hubungan ekonomi yang kukuh antara dua negara.

Selesai majlis perasmian, YAB Menteri Besar dibawa melawat seluruh kawasan bangunan bagi melihat perniagaan di AEON BIG Alor Setar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: MB Kedah Rasmi Aeon Big #AlorSetar #Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top