Latest News

Wednesday 24 December 2014

Teksi Air Sungai Merbok Produk Baru Pelancongan Kedah @MukhrizMahathir


Kini Sungai Merbok sudah ada perkhidmatan teksi air atau boat cruise dari Jeti Semeling ke Pantai Merdeka, Tanjung Dawai dan akan balik semula ke Semeling..

2 buah bot berkapisiti 14 penumpang dan setiap satu kini sedang dalam tempoh percubaan operasi.

Sekarang pihak MPSPK sedang memperkenalkan perkhidmatan tersebut kepada media, travel agents, hoteliest dan agensi2 kerajaan di setiap daerah.

Operasi sebenar akan bermula pada 1 Januari 2015 dengan kadar tambang berpatutan iaitu dewasa RM35, pelajar sekolah dan IPT RM 15 serta warga emas RM 25.

Kadar ini akan diberikan diskaun 35% dari 1.1.2015 sehingga 31.3.2015. Pelayaran sekitar 2 jam 30 minit termasuk singgah di Tanjung Dawai selama 30 minit.

Waktu operasi ialah 9.30 pg dan 2.30 ptg setiap hari. 2 trip pagi dan 2 trip petang.

Selamat beriadah dan melancong di Sungai Merbok, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Teksi Air Sungai Merbok Produk Baru Pelancongan Kedah @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top