Latest News

Wednesday 17 December 2014

Video Perasmian Tesco Jitra Oleh Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir


Bersempena Majlis Perasmian TESCO Jitra yg dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini,admin ingin berkongsi serba sedikit tentang beberapa fakta menarik mengenai TESCO yg admin rasakan ramai yg tidak tahu mengenainya. Terima kasih buat Dato Azlam Shah Alias,Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Korporat TESCO Malaysia yg sudi berkongsi MMFC tentang fakta-fakta menarik ini.

- Terdapat 6 buah TESCO di negeri Kedah dengan TESCO Jitra adalah yg paling terbaru sekali. Manakala di Malaysia pula terdapat 50 buah TESCO.

- TESCO menerapkan konsep Neighborhood Mall ataupun konsep Pusat Membeli-Belah Kejiranan untuk ditawarka kepada komuniti dan peniaga tempatan.

- Pelaburan TESCO di Jitra saja sudah mencecah rm30 juta. Jumlah keseluruhan pelaburan TESCO di Malaysia adalah berjumlah rm5 billion. Manakala jumlah pelaburan di negeri Kedah sahaja berjumlah rm150 juta dengan mewujudkan 5000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.

- TESCO Jitra telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada 150 orang di pelbagai peringkat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan warga tenaga kerja TESCO di seluruh Malaysia berjumlah 11000 orang yg memberikan khidmat kepada 1 juta orang pelanggan TESCO setiap minggu.

- TESCO mempunyai lebih 27% peniaga Bumiputra daripada Industri Kecil Sederhana (IKS) yg didaftarkan sebagai pembekal di TESCO Malaysia. Ini adalah sebahagian usaha TESCO untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia ke seluruh negara dan juga ke peringkat antarabangsa.

- TESCO Jitra turut membuka peluang perniagaan secara langsung kepada 28 peniaga tempatan untuk menjalankan perniagaan di ruang membeli-belah seperti gerai-gerai kecil,kiosk dan gerai makan di dalam medan selera TESCO.

- TESCO juga komited dalam menyumbang kepada badan-badan amal yg berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Negeri di seluruh Malaysia.

- TESCO juga pernah melancarkan Program Pengumpulan Makanan @ Food Collection bagi menyalurkan bantuan makanan dan kewangan kepada badan-badan amal di Kedah seperti Rumah Pelindung Nurul Hana,Rumah Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM),Rumah Penyayang Wadi Sakinah,Asrama Penginapan Anak Yatim/Miskin Kampung Paya Besar dan Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Bedaya. Setiap badan-badan tersebut menerima sumbangan makanan dan kewangan yg bernilai lebih rm50,000.

- Pada bulan November baru-baru ini TESCO bersama rakan kongsinya iaitu Media Prima Berhad telah menyumbangkan barangan berupa makanan dan bahan pencuci bernilai lebih rm25,000 kepada 77 buah keluarga mangsa banjir di daerah Sik dan Baling.

- TESCO dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya juga berjaya mengumpul lebih rm800,000 untuk Program Bantu Anak-Anak Leukimia.




Post by Mukhriz Mahathir FC.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Perasmian Tesco Jitra Oleh Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top