Latest News

Saturday 10 January 2015

Dua Senapang Buatan Sendiri Dirampas - Ketua Polis Kedah




ALOR SETAR – Polis Kedah merampas dua senjata api buatan sendiri di dua lokasi berasingan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, rampasan itu dibuat menerusi Ops Cantas Khas bermula sejak 1 Januari lalu.

“Dalam kes ini, kita telah buat tangkapan pertama pada 6 Januari membabitkan seorang lelaki berusia 50-an di sebuah rumah dekat Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 5.30 pagi.

“Pada serbuan itu, kita merampas selaras senapang buatan sendiri dan lebih 80 peluru bebola besi daripada suspek,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki bekerja sebagai penoreh getah itu juga mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan kedua pula dibuat di sebuah rumah dekat Kupang, Baling pada 7 Januari membabitkan seorang lelaki berusia 30-an.

“Dalam serbuan jam 7.30 pagi itu, kita merampas selaras senapang buatan sendiri daripada suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat menurut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971. Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali.


Kredit SinarOnline 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dua Senapang Buatan Sendiri Dirampas - Ketua Polis Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top