Latest News

Monday 26 January 2015

Kedah Nilai Pelbagai Kaedah Biaya Projek KXP - DSMM



Kerajaan Kedah akan memikirkan dan menilai pelbagai kaedah bagi manampung pembiayaan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sekiranya mendapat ' lampu hijau' daripada Kerajaan Pusat. 


Menteri Besar Kedah Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sebenarnya permintaan Kedah kepada kerajaan pusat ialah kelulusan untuk membina lapangan terbang antarabangsa itu.

"Jika kerajaan pusat mempunyai peruntukan untuk membina lapangan terbang tersebut, kita sangat mengalu-alukan, walaupun begitu, kita tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

"Pada masa ini, kita sedang menilai pelbagai pendekatan lain untuk membiayai projek tersebut,".

Beliau ditanya sama ada semakan semula Bajet 2015 oleh kerajaan pusat dengan langkah-langkah penjimatan berkemungkinan menjejaskan cadangan kerajaan negeri untuk membina KXP yang dianggarkan bernilai RM1.6 bilion.

Beliau juga berkata Kedah tidak akan mengkaji semula belanjawannya berikutan ia merupakan sebuah negeri yang tidak menghasilkan minyak.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Nilai Pelbagai Kaedah Biaya Projek KXP - DSMM Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top