Latest News

Monday 26 January 2015

Syarikat Tempatan Eksport Kereta Keluar Negara - @MukhrizMahathir


GURUN - Hari ni Menteri Besar Kedah YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan kilang GO AUTO fasa kedua, sebuah kilang pemasangan kenderaan jimat tenaga (EEV) dan melancar kereta SUV terbaru iaitu GW M4 di Gurun, Kedah.

Kilang Go Auto dan rakan niaganya Great Wall Motor Co Limited telah membuat pelaburan sebanyak RM250 juta untuk pembinaan kilang baru ini, dianggarkan dengan jumlah keseluruhan kesemuanya sebanyak RM2 billion.

Mungkin tak ramai yang mengenai jenama kereta 'GWM' ini, untuk pengetahuan pembaca, 'Go Auto' Model GWM4 ini telah dinobatkan sebagai "Autoworld Best Car Of The Year" dibawah kategori "Best Value For Money Suv".

Malahan harga bagi model M4 ini bermula dari RM 51 ribu hingga RM63 ribu sahaja. Memang berbaloi kerana harganya rendah berbanding kereta yang samataraf dengannya.

Bagi negeri Kedah pula, mengikut kata Dato Seri Menteri Besar,

"Peluang ini merupakan satu lagi penjanaan ekonomi bagi negeri Kedah, malah mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak Kedah, sudah tentu sedikit sebanyak ianya menguntungkan kerajaan negeri, walaupun tidak secara terus".

Paling menarik usaha syarikat tempatan ini menjadikan kilang baru mereka sebagai hub eksport kereta ke beberapa negara didunia.

#GoAuto #NewInvestmentinKedah #HanyadiKedah #KedahSerataRata
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Syarikat Tempatan Eksport Kereta Keluar Negara - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top