Latest News

Sunday, 11 January 2015

Kerajaan Kedah Henti Lesen Korek Pasir - Badrul Hisham


Kerajaan Negeri Kedah telah membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen kepada pengusaha aktiviti mengorek pasir di negeri ini pada tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata, “Kita juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu untuk aktiviti mengorek pasir kerana rakyat akan menanggung akibatnya seperti kerosakan harta benda dan sebagainya,”

Aktiviti tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis malah merosakkan ekosistem alam semula jadi.
“Kita mengambil iktibar apa yang berlaku di Kelantan seperti aktiviti pembalakan yang menjadi salah satu penyebab berlakunya banjir lumpur dan merosakkan ekosistem alam semula jadi.

Badrul berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah memberi kursus kepada pengusaha pasir supaya mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Sekiranya kita membuat pemeriksaan mendapati mereka tidak mematuhi syarat selepas berkursus, kita akan menarik lesen tersebut. Sudah banyak premis yang kita ambil tindakan,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Henti Lesen Korek Pasir - Badrul Hisham Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top