Latest News

Friday 13 February 2015

DSMM Wakili Kedah Melawat Jenazah Tuan Guru Nik Aziz



Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa mewakili seluruh rakyat negeri Kedah melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Pulau Melaka pagi ini. 

Solat jenazah berlangsung jam 10.00 pagi tadi , selain Dato' Seri Mukhriz, kenamaan lain yang turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Selangor , Tengku Razaleigh Hamzah, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan lain-lain. 


Jenazah di kebumikan tepat jam 11.30 pagi dengan di iringgi ribuan rakyat dari Kelantan dan juga seluruh Malaysia. 

Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikebumikan bersebelahan pusara bapanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun lalu. 


Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 9.40 malam tadi selepas sejam di bawa pulang ke rumahnya dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. 

Allahyarham mendapat rawatan di hospital berkenaan sejak 19 Januari lepas kerana mengidap kenser prostat dan keadaannya makin merosot sejak itu. 

# Kami warga kerja MMFC Crew mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham dan semoga ditempatkan bersama golongan yang terpilih. 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: DSMM Wakili Kedah Melawat Jenazah Tuan Guru Nik Aziz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top