Latest News

Sunday 15 February 2015

KTPC Meterai MoU Dengan Tiga Syarikat Lonjak Aktiviti ICT Negeri


Kulim Technology Park Corporation (KTPC) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk merancakkan lagi aktiviti ICT di negeri Kedah.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Gates IT Solution, Darul AmanTech dan Impressive Comm.

Presiden KTPC Datuk Annuar Mohd Saffar berkata, melalui MoU itu, ketiga-tiga syarikat tersebut akan menjadi rakan strategik sekali gus membekalkan latihan dan pembangunan sistem perisian dan aplikasi kepada rakyat Kedah.

"Ketiga-tiga syarikat ini memiliki kepakaran ICT dalam teknologi pembangunan sistem perisian dan aplikasi," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu yang disaksikan oleh Exco Sains dan Inovasi, Komunikasi Teknologi Maklumat dan Teknologi Tinggi negeri Datuk Norsabrina Mohd Noor.

MoU itu ditandatangani oleh Annuar sebagai mewakili KTPC, manakala Gates IT Solution diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Hasni Ruslan, Impressive Comm oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Seri Datuk Wira Abdul Halim Karim dan DarulAman Tech oleh Pengarahnya Wan Johairiza Wan Abdul Rahman

Annuar berkata, MoU itu juga selaras dengan misi Kedah untuk menjadi Pusat Transformasi Digital (KDTC) bagi meningkatkan pembangunan kemudahan, modal insan, sosio ekonomi, dan teknologi maklumat.

KTPC merupakan organisasi yang terlibat secara langsung membangun dan menguruskan Taman Teknologi Perindustrian Berteknologi Tinggi di Kulim.

Ia juga merupakan pusat pengembangan teknologi ICT di Koridor Utara Malaysia dengan pelbagai syarikat multinasional yang beroperasi di dalamnya.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KTPC Meterai MoU Dengan Tiga Syarikat Lonjak Aktiviti ICT Negeri Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top