Latest News

Tuesday 17 February 2015

Polis Kedah Tangkap Tujuh Lelaki, Rampas Dua Pucuk Pistol


Polis Kedah menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dalam serbuan di Kulim dua hari lepas dan merampas dua pucuk pistol semi automatik jenis Glock serta lebih 40 butir peluru.

Ketua Polis Negeri Datuk Zamri Yahya berkata, turut ditangkap dalam serbuan di sebuah motel pada 12.10 pagi itu, ialah seorang penjenayah yang amat dikehendaki di Selangor berkaitan kes pecah rumah.

"Tiga daripada lelaki yang ditangkap itu mempunyai rekod lampau manakala seorang amat dikehendaki di Selangor," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah Isnin.

Kesemua tahanan berusia 26 dan 55 tahun itu, kini direman tujuh hari mulai 14 Feb lepas.

Menurut Zamri, turut dirampas dalam serbuan itu termasuk dua buah kereta yang dilaporkan hilang di Negeri Sembilan dan Melaka, topeng muka, beg pakaian dan dokumen peribadi, pisau, tukul dan beberapa keping resit pajak gadai.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun penjara dan enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki peluru katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Polis Kedah Tangkap Tujuh Lelaki, Rampas Dua Pucuk Pistol Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top