Latest News

Tuesday 17 February 2015

Video : Penyumbang Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur Diberi Penghargaan


Semasa di sidang media majlis menyampaikan sijil penghargaan kepada para penyumbang bantuan untuk projek rumah sementara mangsa banjir Kampung Karangan, Manik Urai, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersama kerajaan negeri membuat perancangan untuk membuat rumah sementara di Kampung Karangan.

Pada mulanya beliau sendiri agak risau dengan kemampuan kewangan Kerajaan negeri Kedah. Tapi dengan sokongan dan pertolongan dari pelbagai pihak GLC, swasta, NGO dan orang ramai, usaha tersebut menjadi lancar dan perancangan rumah terbabit dibantu oleh semua pihak.

Kedah diantara negeri yang tercepat memulakan kerja pembinaan rumah sementara bantuan mangsa banjir. Kini 18 biji rumah sudah siap dan hampir siap, baki yang lain tapak sudah ada (dikenalpasti), cuma tunggu masa untuk dibina.

Terima kasih pada penyumbang, biar jasa jadi kenangan. Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik tuan-tuan semua.




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Penyumbang Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur Diberi Penghargaan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top