Latest News

Saturday 28 March 2015

KDYMM YDP Agong Rasmi Hari Sukan Sungai 2015


Alor Setar - Ribuan rakyat Kedah hari ini menyaksikan Hari Sukan Sungai 2015 yang diadakan di Tanjung Chali, Alor Setar.

Pelbagai aksi menarik perlawanan akhir perahu panjang dapat disaksikan. Majlis ini dirasmikan oleh KDYMM Yang Di-Pertuan Agong dan turut dihadiri Pengerusi Pemangku Jemaah Sultan Kedah, Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah dan Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Hari Sukan Sungai ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak.

Ia di adakan setiap tahun sempena hari keputeraan Sultan Kedah. Antara acara yang dipertandingkan adalah perlumbaan perahu panjang antara sekolah-sekolah, perlumbaan akhir perahu naga tertutup Kedah.


Turut dipertandingkan adalah perlumbaan perahu panjang antara institusi pengajian tinggi, perlumbaan perahu panjang antara persatuan-persatuan, pelumbaan perahu panjang antara sektor korporat, perahu tradisional dan perlumbaan perahu naga antarabangsa model b

Bagi acara pembukaan dan perasmian telah diadakan perlumbaan perahu panjang antara Jabatan-jabatan Kerajaan,badan berkanun, perlumbaan perahu panjang antara badan beruniform,perlumbaan Perahu Panjang antara Daerah-daerah, perlumbaan perahu panjang antara Istana Anak Bukit, yayasan Sultanah Bahiyah dan Wisma Darulaman.

Perlumbaan perahu naga model A dan perlumbaan Perahu Panjang antara juara-juara. Majlis tamat jam 12 tengah hari .
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: KDYMM YDP Agong Rasmi Hari Sukan Sungai 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top