Latest News

Wednesday 25 March 2015

Kerajaan Kedah Bantu Pengusaha Ketum Tukar Tanaman - @MukhrizMahathir


Sidang media mesyuarat mingguan EXCO, Kerajaan Negeri Kedah, dimulakan dengan isu penanaman Ketum. Dimana Kerajaan negeri akan mencari jalan supaya pengusahan ketum bertukar ke pokok lain.

Kerajaan negeri akan mengadakan program avrokasi khas, untuk membantu penanam ketum bertukar ke pokok lain. Bagi mengurangkan kerugian pengusaha dan memberi pendapatan baru yang lebih baik.

Keduanya rancangan tebatan banjir di Sungai Kerian, iaitu masalah penempatan semula dimana penduduk termasuk setinggan tidak mahu berpindah.

Selepas mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan, wakil rakyat dan wakil penduduk, 155 isi rumah akan dipindahkan dari sungai Kerian ke Teluk Gelugoh Bagan, Samak diatas tanah seluas 11.4 ekar.

Isu ketiga mengenai penambahan peruntukan untuk pembangunan luar bandar di negeri Kedah meningkat dari RM123.3 juta ke RM137.7 juta. Untuk memenuhi permintaan dan baikpulih infra diluarbandar untuk kesenangan rakyat Kedah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Bantu Pengusaha Ketum Tukar Tanaman - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top